Wednesday, February 13, 2013

Kejayaan Wanita Usahawan Hari Ini

Kini semakin ramai wanita yang telah bergelar usahawan dan ada yang dah jadi jutawan dalam bidang keusahawanan

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011 dan apa azam anda tahun ini ?..Apa pun harap semua berjalan dengan baik..

Friday, November 5, 2010

Masa Berlalu Terlalu Pantas

Masa berlalu terlalu pantas dan sedar tak sedar rupanya saya dah tak upadate blog ni dah hampir dua tahun !.Suatu masa yang agak panjang.Ini kerana saya lebih memberikan tumpuan kepada perniagaan yang saya ceburi melalui laman web http://www.perniagaanemas.com/

Rasanya baru semalam saya buat blog ini dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita..namun waktu tidak mengizinkan..Saya kini telah menceburi perniagaan yang baik iaitu berniaga emas. Bagi saya perniagaan ini cukup bagus kerana konsepnya yang langsung tiada risiko.

Konsep mudah ; JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG DAN TAK LAKU JUAL PUN UNTUNG...kerana harga emas sentiasa naik. Beli emas dan simpan akan memberi pulangan yang lumayan.

Selain kerja harian , saya minat nak menjalan perniagaan kerana sebagai wanita kita perlu ada backup plan terutama daripada aspek kewangan. Pepatah melayu ada mengatakan ' Langit tak selalu cerah' perlu kita wanita hayati.

Bagi saya..masa kita sihat dan mampu bekerja , kita perlu berniaga sendiri...walaupun kecil..dan kita perlu ada simpan yang cukup untuk hari tua dan juga masa - masa terdesak. Dengan menjalankan perniagaan dan membina perniagaan ini boleh kita warisi untuk anak - anak.

Al makklum lah masa - masa depan anak - anak kita semakin mencabar..nak cari kerja bukan mudah...walaupun ada kelulusan tinggi pada hari ini..kalau masa depan macam mana ?.

Menjalan perniagaan pada hari ini sebenarnya tidaklah sesukar mana walaupun penuh cabaran kerana dengan kemudahan IT..kita mampu memasarkan produk kita secara global dengan belanja yang tidaklah besar sangat.

Kepada rakan  dan pembaca yang menjalankan perniagaan .saya cadangkan milikilah satu laman web atau nak mudah guna blog sahaja. Gabungan teknologi maklumat ini akan mampu meningkatkan jualan produk kita..itu daripada pengalaman saya..

Jumpa lagi dilain kali..

Wednesday, July 9, 2008

Otak Kanan

Untuk dikongsi bersama...

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida Methods...

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi Sichida kelas...yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan.

Otak sebelah kanan ni
lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise
sikitlah penggunaannya.

Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku
nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu
semester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine
yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu cuma setengah kerat
aje...dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff
melayu yg lain.



Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku...dah nampak keberkesanannya.



1.

Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb.

Sbb during
tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah,
tapi kena buat seikhlas hati...kalau tengah marah ..tak jadi.

kalau anak
korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah
supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

Aku buat
kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak
lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi
sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal....sekarang 6.

30 dah bukak
mata termasuk sabtu n Ahad.



2. Start guna cards untuk ajar anak.

Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek. .

buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .

e, insya Allah cepat die dapat sebab
bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja
keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu...kita boleh buat card
1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat mana-mana dsb.




3.Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami
dsb.


memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis
gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung
lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat
mengaktifkan penggunaan otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun
pandai-pandai. ...sebab depa makan guna chopstik...chopstik tu
mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.



4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no
1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5.

Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat
die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang
lah merapu takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .




6.Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue
and suruh depa teka apa benda tu.

First few times boleh bagi option
macam....bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence
by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni
semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat.....semua game yg
hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak
payah lama-lama.



Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini
semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite
nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau
dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak......Aku pun
tengah try lagi ni...

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....

Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd.

Shafek pun ada cakap benda yang sama dan
dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak.

kalau kita banyak sangat
guna perkataan jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan
buat.....so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan
lain plak...contohnya. ...Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising
bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn
anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara
waktu2 doa dimakbulkan.



Thanks & Regards,

Mastura Musa
Document Controller (MCD)
FSO Orkid Project

Saturday, April 26, 2008

Pembantu Rumah

Pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di rumah saya telah tamat kontraknya dan balik ke Indonesia pada hari ini.

Friday, April 11, 2008

Tempat berteduh

Tempat berteduh atau rumah amat penting bagi seorang insan bergelar wanita

Wednesday, April 9, 2008

Harga Mee Kuning Naik Mulai 10 April 2008

Harga mee kuning akan naik mulai 10 april 2008 . Kenaikan harga mee kuning ini disebabkan harga tepung gandum naik. Inilah berita yang saya dengar dan lihat pada malam ini. Pada pandangan saya sebagai orang melayu, kita semua kena kembali kepada asalan orang melayu..Makan nasi. Walaupun ura-ura harga beras akan naik, tapi ia merupakan barang kawalan. Harap-harap harga beras tak naik.

Sebagai wanita melayu, saya yakin kita perlu balik makan nasi. Untuk memudahkan kita makan nasi, bimbang jemu ke, kita perlu pelbagaikan lauk-pauknya dan pelbagai jenis nasi seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu atau nasi ulam, nasi bukhari, nasi beriyani dan lain - lain. Mungkin sebahagian kita rasa susah untuk sediakan nasi dan lauk pauk ni. Walaubagaimana pun kini dipasaran dah ada produk sejuk beku lauk pauk ini. Satu daripadanya yang dikeluarkan oleh syarikat JT Sinaran Sdn.bhd. Ia ada jual pelagai jenis paste yang mudahkan kita menyediakan masakan.

Hanya tambah air dan daging atau ayam sahaja, panaskan dan terus masak. FAMA pun ada memasarkan produk bumiputra ni. Pusat jualan FAMA yang dikenali Agrobazaar , ada di Mydi USJ 1 , Subang Jaya Selangor, R & R Ulu Bernam Hala Ke KL, Jejantas Ayer Keroh Melaka dan lain - lain. Oleh itu isu susah nak memasak ini boleh dikurangkan.

Sunday, April 6, 2008

Sup air kelapa

Sup air kelapa, inilah kali pertama saya dengar bahawa sup air kelapa ada dijual di Kuala Lumpur ini. Saya sebenarnya terbaca dalam suratkhabar Mingguan Malaysia dibahagian Pancaindera bertarikh 6 April 2008 ini bahawa restoran Tupai-tupai ada menjual sup air kelapa sebagai salah satu menu barunya.

Restoran Tupai-tupai ini menjual pelbagai masakan siam terutama tomyam dan juga steamboat disamping makanan lain seperti ais krim dan spagetti. Lebih menarik Pancaindera ada sertakan resepi Sup air kelapa ini.
Resepi Sup Air Kelapa.
Bahan-Bahannya;
  1. 1 kilogram air kelapa.
  2. 15 gram udang kering dikisar.
  3. 10 gram bawang merah dikisar.
  4. 10 gram bawang putih dihiris.
  5. 2 batang serai di titik (diketuk la ni).
  6. 100 gram cili boh.
  7. 10 gram cili kering di kisar.
  8. 10 helai daun limau purut.
  9. 2 biji bawang besar dihiris.
  10. Garam dan gula secukup rasa.
  11. Sedikit air limau.
  12. 1/4 Cawan minyak masak.
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili boh hingga wangi.
  2. Masukkan air kelapa dan kemudian serai, bawang hiris serta daun limau purut.
  3. Masukan air limau, garam serta gula dan kacau hingga mendidih.
Begitulah cara nak buat Sup Air Kelapa. Tapi kalau nak mudah lagi pergi sahaja ke restoran Tupai-Tupai di No. 551 A & B , Jalan Bukit Bintang, Off Jalan Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur. Sebelum pergi elok talipon dahulu di 03-21432525/03-21413199. Saya pun terasa nak pergi rasa ini lagi pun dikhabarkan harga berpatutan RM23++ untuk dewasa dan RM12 ++ untuk kanak - kanak.

Jom kita pakat pergi makan SUP AIR KELAPA ini.

Wednesday, March 26, 2008

Perniagaan Online

Perniagaan online merupakan perniagaan yang baru yang telah saya ceburi.

Monday, March 24, 2008

Perniagaan Internet

Pada masa kini ramai wanita merupakan suri rumah sepenuh masa. Perubahan masa dan teknologi pada dewasa ini sebenarnya telah membolehkan wanita memperolehi pendapatan yang lumayan hanya dengan bekerja dirumah sahaja.

Satu pendekatan yang mudah adalah dengan menjalankan perniagaan secara online. Penggunaan internet semakin meluas , oleh itu saya berharap semua wanita moden dapat merebut peluang ini untuk menjalankan perniagaan secara online samada sepenuh masa ataupun separuh masa.

Thursday, March 20, 2008

Wanita Kini memandu kepejabat

Wanita kini memandu pelbagai jenis kenderaan untuk kepejabat

Wednesday, March 19, 2008

Wanita Kini : Kecacatan tidak menghalang untuk berniaga

Wanita kini tidak menjadikan kecacatan suatu halangan untuk berjaya dan berkerjaya dalam kehidupan pada masa ini.

Monday, March 17, 2008

Wanita Agrobazaar Ulu Bernam

Hari ini saya ke Tapah dan juga semasa pulang saya singgah di Agrobazaar Ulu Bernam

Sunday, March 16, 2008

Wanita dan Dunia Perniagaan

Wanita dan perniagaan bukanlah satu fenomena baru di negeri Cik Siti Wan Kembang atau dengan panggil mudah negeri Kelantan. Penglibatan wanita dibidang perniagaan dinegeri ini cukup ramai.Jika anda ke Kota Bharu ataupun di daerah mana sekali pun dinegeri Kelantan, anda dapat melihat banyak wanita yang menjalankan perniagaan.

Budaya berniaga dinegeri Kelantan amat synonim dengan wanita dan yang menabjubkan itu hampir kesemua wanita yang berniaga itu terdiri daripada orang melayu daripada pelbagai peringkat umur. Saya sendiri walaupun berasal daripada negeri Kelantan ini tertanya-tanya kenapa wanita di Kelantan banyak yang berniaga ?. Saya sendiri pun walau tinggal di Shah Alam turut sama menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan kerana saya masih bekerja disebuah syarikat swasta.

Jika diukur dan dinilai pada diri saya, kenapa saya berniaga ?, jawapan saya mengatakan naluri saya yang mendorong saya untuk turut berniaga !. Oleh kerana sebahagian besar saudara mara yang tinggal di Kuala Lumpur dan Shah Alam ini pun banyak berniaga, saya sendiri rasa rugi dan kekok jika tidak merebut peluang untuk berniaga.

Ini mungkin disebabkan budaya berniaga ini telah diterapkan semenjak daripada kecil lagi, walaupun secara kecil-kecilan. Semasa zaman kanak-kanak saya membantu ibu menjual nasi lemak.Mungkin disebabkan didikan semenjak dari kecil inilah saya jadi hilang rasa malu bahkan rasa seronok untuk berniaga secara sambilan walaupun untung perniagaan yang saya jalankan itu tidak seberapa.

Sunday, September 9, 2007

Wanita Kini

Wanita Moden