Sunday, March 16, 2008

Wanita dan Dunia Perniagaan

Wanita dan perniagaan bukanlah satu fenomena baru di negeri Cik Siti Wan Kembang atau dengan panggil mudah negeri Kelantan. Penglibatan wanita dibidang perniagaan dinegeri ini cukup ramai.Jika anda ke Kota Bharu ataupun di daerah mana sekali pun dinegeri Kelantan, anda dapat melihat banyak wanita yang menjalankan perniagaan.

Budaya berniaga dinegeri Kelantan amat synonim dengan wanita dan yang menabjubkan itu hampir kesemua wanita yang berniaga itu terdiri daripada orang melayu daripada pelbagai peringkat umur. Saya sendiri walaupun berasal daripada negeri Kelantan ini tertanya-tanya kenapa wanita di Kelantan banyak yang berniaga ?. Saya sendiri pun walau tinggal di Shah Alam turut sama menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan kerana saya masih bekerja disebuah syarikat swasta.

Jika diukur dan dinilai pada diri saya, kenapa saya berniaga ?, jawapan saya mengatakan naluri saya yang mendorong saya untuk turut berniaga !. Oleh kerana sebahagian besar saudara mara yang tinggal di Kuala Lumpur dan Shah Alam ini pun banyak berniaga, saya sendiri rasa rugi dan kekok jika tidak merebut peluang untuk berniaga.

Ini mungkin disebabkan budaya berniaga ini telah diterapkan semenjak daripada kecil lagi, walaupun secara kecil-kecilan. Semasa zaman kanak-kanak saya membantu ibu menjual nasi lemak.Mungkin disebabkan didikan semenjak dari kecil inilah saya jadi hilang rasa malu bahkan rasa seronok untuk berniaga secara sambilan walaupun untung perniagaan yang saya jalankan itu tidak seberapa.

No comments: