Sunday, April 6, 2008

Sup air kelapa

Sup air kelapa, inilah kali pertama saya dengar bahawa sup air kelapa ada dijual di Kuala Lumpur ini. Saya sebenarnya terbaca dalam suratkhabar Mingguan Malaysia dibahagian Pancaindera bertarikh 6 April 2008 ini bahawa restoran Tupai-tupai ada menjual sup air kelapa sebagai salah satu menu barunya.

Restoran Tupai-tupai ini menjual pelbagai masakan siam terutama tomyam dan juga steamboat disamping makanan lain seperti ais krim dan spagetti. Lebih menarik Pancaindera ada sertakan resepi Sup air kelapa ini.
Resepi Sup Air Kelapa.
Bahan-Bahannya;
  1. 1 kilogram air kelapa.
  2. 15 gram udang kering dikisar.
  3. 10 gram bawang merah dikisar.
  4. 10 gram bawang putih dihiris.
  5. 2 batang serai di titik (diketuk la ni).
  6. 100 gram cili boh.
  7. 10 gram cili kering di kisar.
  8. 10 helai daun limau purut.
  9. 2 biji bawang besar dihiris.
  10. Garam dan gula secukup rasa.
  11. Sedikit air limau.
  12. 1/4 Cawan minyak masak.
Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan cili boh hingga wangi.
  2. Masukkan air kelapa dan kemudian serai, bawang hiris serta daun limau purut.
  3. Masukan air limau, garam serta gula dan kacau hingga mendidih.
Begitulah cara nak buat Sup Air Kelapa. Tapi kalau nak mudah lagi pergi sahaja ke restoran Tupai-Tupai di No. 551 A & B , Jalan Bukit Bintang, Off Jalan Istana Negara, 50460 Kuala Lumpur. Sebelum pergi elok talipon dahulu di 03-21432525/03-21413199. Saya pun terasa nak pergi rasa ini lagi pun dikhabarkan harga berpatutan RM23++ untuk dewasa dan RM12 ++ untuk kanak - kanak.

Jom kita pakat pergi makan SUP AIR KELAPA ini.

No comments: