Wednesday, April 9, 2008

Harga Mee Kuning Naik Mulai 10 April 2008

Harga mee kuning akan naik mulai 10 april 2008 . Kenaikan harga mee kuning ini disebabkan harga tepung gandum naik. Inilah berita yang saya dengar dan lihat pada malam ini. Pada pandangan saya sebagai orang melayu, kita semua kena kembali kepada asalan orang melayu..Makan nasi. Walaupun ura-ura harga beras akan naik, tapi ia merupakan barang kawalan. Harap-harap harga beras tak naik.

Sebagai wanita melayu, saya yakin kita perlu balik makan nasi. Untuk memudahkan kita makan nasi, bimbang jemu ke, kita perlu pelbagaikan lauk-pauknya dan pelbagai jenis nasi seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu atau nasi ulam, nasi bukhari, nasi beriyani dan lain - lain. Mungkin sebahagian kita rasa susah untuk sediakan nasi dan lauk pauk ni. Walaubagaimana pun kini dipasaran dah ada produk sejuk beku lauk pauk ini. Satu daripadanya yang dikeluarkan oleh syarikat JT Sinaran Sdn.bhd. Ia ada jual pelagai jenis paste yang mudahkan kita menyediakan masakan.

Hanya tambah air dan daging atau ayam sahaja, panaskan dan terus masak. FAMA pun ada memasarkan produk bumiputra ni. Pusat jualan FAMA yang dikenali Agrobazaar , ada di Mydi USJ 1 , Subang Jaya Selangor, R & R Ulu Bernam Hala Ke KL, Jejantas Ayer Keroh Melaka dan lain - lain. Oleh itu isu susah nak memasak ini boleh dikurangkan.

No comments: