Friday, November 5, 2010

Masa Berlalu Terlalu Pantas

Masa berlalu terlalu pantas dan sedar tak sedar rupanya saya dah tak upadate blog ni dah hampir dua tahun !.Suatu masa yang agak panjang.Ini kerana saya lebih memberikan tumpuan kepada perniagaan yang saya ceburi melalui laman web http://www.perniagaanemas.com/

Rasanya baru semalam saya buat blog ini dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman sebagai seorang wanita..namun waktu tidak mengizinkan..Saya kini telah menceburi perniagaan yang baik iaitu berniaga emas. Bagi saya perniagaan ini cukup bagus kerana konsepnya yang langsung tiada risiko.

Konsep mudah ; JUAL UNTUNG, BELI BALIK UNTUNG DAN TAK LAKU JUAL PUN UNTUNG...kerana harga emas sentiasa naik. Beli emas dan simpan akan memberi pulangan yang lumayan.

Selain kerja harian , saya minat nak menjalan perniagaan kerana sebagai wanita kita perlu ada backup plan terutama daripada aspek kewangan. Pepatah melayu ada mengatakan ' Langit tak selalu cerah' perlu kita wanita hayati.

Bagi saya..masa kita sihat dan mampu bekerja , kita perlu berniaga sendiri...walaupun kecil..dan kita perlu ada simpan yang cukup untuk hari tua dan juga masa - masa terdesak. Dengan menjalankan perniagaan dan membina perniagaan ini boleh kita warisi untuk anak - anak.

Al makklum lah masa - masa depan anak - anak kita semakin mencabar..nak cari kerja bukan mudah...walaupun ada kelulusan tinggi pada hari ini..kalau masa depan macam mana ?.

Menjalan perniagaan pada hari ini sebenarnya tidaklah sesukar mana walaupun penuh cabaran kerana dengan kemudahan IT..kita mampu memasarkan produk kita secara global dengan belanja yang tidaklah besar sangat.

Kepada rakan  dan pembaca yang menjalankan perniagaan .saya cadangkan milikilah satu laman web atau nak mudah guna blog sahaja. Gabungan teknologi maklumat ini akan mampu meningkatkan jualan produk kita..itu daripada pengalaman saya..

Jumpa lagi dilain kali..

No comments: